X

Kindly register in order to view this article
!

Dikompaun RM5,000 rentas daerah tanpa kebenaran

Kedua-dua individu terbabit ditahan ketika pemeriksaan di SJR bergerak di Jalan Gunung Keriang, Anak Bukit, pada Sabtu.
A
A

ALOR SETAR - Seorang lelaki dan wanita yang merentas daerah tanpa kebenaran dikenakan kompaun RM 5,000 di Sekatan Jalan Raya (SJR) bergerak di Jalan Gunung Keriang, Anak Bukit, di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, kedua-dua mereka yang berasal dari Jitra itu ditahan di SJR terbabit pada jam 7 petang dalam kereta berasingan.

Katanya, hasil semakan polis mendapati lelaki berusia 26 tahun dan wanita berusia 22 tahun itu gagal memberikan alasan munasabah dan mengemukakan sebarang dokumen kebenaran rentas daerah untuk memasuki Kota Setar.

"Pasukan pemantau Op Covid kemudiannya mengeluarkan kompaun kepada kedua-dua individu tersebut yang didapati telah melakukan kesalahan rentas daerah tanpa sebarang kebenaran yang sah daripada pihak polis semasa tempoh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di daerah ini,"katanya menerusi suatu kenyataan di sini pada Ahad.

Menurutnya, kedua-dua mereka dikenakan tindakan di bawah Perkara 4 dan 5 Peraturan Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Kawalan Pergerakan) (No 4) (Pindaan) (No 15) 2021).

"Pasukan pemantau Op Covid IPD Kota Setar akan meneruskan pemeriksaan melalui SJR bergerak di semua lokasi atau laluan tikus memasuki daerah ini dari semasa ke semasa," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!