Ops Samseng Jalanan: Juruteknik hotel antara lima ditahan

Polis mengesan penunggang motosikal melakukan pelbagai aksi di Lebuhraya Duke pada Ahad.
Polis mengesan penunggang motosikal melakukan pelbagai aksi di Lebuhraya Duke pada Ahad.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai lima lelaki termasuk seorang juruteknik hotel ditahan dalam Operasi Samseng Jalanan di Lebuhraya Duta - Ulu Kelang (DUKE), di sini pada Ahad.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, kesemua individu berusia 17 hingga 29 tahun itu ditahan dalam operasi pada jam 3 pagi.

"Kita mengesan penunggang motosikal itu melakukan aksi 'zig-zag', 'roket', 'superman' dan 'fly' selain bersaing sesama sendiri," katanya melalui kenyataan pada Ahad.

Zulkefly berkata, pemeriksaan lanjut mendapati dua penunggang motosikal yang ditahan itu tidak memiliki lesen.

"Kesemua yang ditahan itu disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: