Empat individu ziarah Aidilfitri dikompaun RM20,000

Empat individu melanggarkan SOP PKP di Taman Sri Lambak dikenakan kompaun RM20,000.
Empat individu melanggarkan SOP PKP di Taman Sri Lambak dikenakan kompaun RM20,000.
A
A
A

KLUANG - Empat individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Taman Sri Lambak dikenakan kompaun sebanyak RM 20,000 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM) pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Low Hang Seng berkata, anggota polis dari Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Kluang bersama petugas KKM menjalankan operasi bersepadu di kawasan sebelum mengesan empat lelaki terbabit berada di balkoni rumah.

"Hasil siasatan mendapati tiga lelaki berkenaan datang ziarah ke rumah salah seorang oenghuni sempena Hari Raya Aidilfitri di mana aktiviti itu tidak dibenarkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara ( MKN).

"Pihak KKM telah mengeluarkan sebanyak empat kompuan di bawah PerkaraPerkara 16 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 2021," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Dalam pada itu, polis menyeru orang ramai agar mematuhi arahan dikeluarkan MKN bagi mengekang penularan Covid-19.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkan di mana-mana balai polis yang berhampiran atau menghubungi IPD Kluang melalui talian 077784222 atau hotline 077766822, talian terus 077784256 atau tablet DCC 0143656822.

Sementara itu, kehadiran petugas KKM dan polis di kawasan Taman Sri Lambak yang memantau pelanggaran SOP PKP tular di media sosial.

Artikel Berkaitan: