X

Kindly register in order to view this article
!

Derma menerusi NGO disasar terus kepada penduduk Palestin: MyCARE

Dr Hafidzi Mohd Noor
A
A

KUALA LUMPUR - Semua derma oleh rakyat Malaysia kepada Palestin menerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam negara sehingga kini adalah bagi keperluan penduduk negara itu, dan bukannya untuk masjid Al-Aqsa.

Pengerusi Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Dr Hafidzi Mohd Noor berkata, semua derma yang dikumpulkan sejak 17 tahun lepas adalah bagi kumpulan penerima yang disasar di Palestin, termasuk yang tinggal berhampiran dengan Masjid Al-Aqsa dan Baitulmuqaddis.

Beliau berkata demikan bagi menolak dakwaan yang timbul tahun lepas, yang mengatakan derma yang dikumpulkan NGO Malaysia sehingga kini, langsung tidak sampai kepada Masjid Al-Aqsa, dan menurutnya dakwaan itu kini dilihat muncul kembali baru-baru ini.

Beliau menjelaskan bahawa penyenggaraan masjid itu diuruskan oleh Jerusalem Wakaf Department di bawah Kementerian Wakaf Jordan.

“Dana (derma) yang kita kumpulkan adalah bagi tujuan pendidikan, pengangkutan, perubatan, penjagaan kesihatan dan juga makanan. Kita tidak pernah kumpul dana untuk disumbangkan kepada masjid itu (Al-Aqsa)," katanya kepada Bernama pada Sabtu.

Menurutnya berita yang disiarkan beberapa media yang memetik duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali tahun lepas berhubung perkara itu, adalah mengelirukan dan tidak tepat.

Tahun lepas, Walid dilaporkan berkata, sumbangan derma yang dikumpulkan oleh NGO Malaysia tidak sampai kepada dana Masjid Al-Aqsa sejak bertahun-tahun lamanya, berita itu menjadi tular sejak beberapa hari lepas, sekali gus menarik perhatian ramai.

Sementara itu Pengerusi Palestinian Culture Organisation Malaysia (PICOM) Muslim Imran berkata beliau percaya sumbangan kemanusiaan rakyat Malaysia kepada Malaysia penting dalam mengukuhkan dan menaikkan semangat rakyat Palestin.

Beliau berkata Malaysia adalah salah sebuah negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berterusan menyumbang kepada sektor kesihatan, pendidikan dan masyarakat awam Palestin.

"Sekiranya NGO Malaysia menghentikan usaha mereka, penduduk Palestin akan menerima kesan yang serius di Semenanjung Gaza," tambahnya.

Muslim menegaskan bahawa dakwaan derma yang dikumpulkan NGO Malaysia gagal untuk sampai kepada penduduk Palestin adalah palsu, dan perkara itu telahpun dijelaskan oleh pihak berkuasa Malaysia, NGO dan badan pemantau kewangan tahun lepas. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!