Zlatan Ibrahimovic tidak ke Euro 2020

Zlatan Ibrahimovic
Zlatan Ibrahimovic
A
A
A

PENYERANG sensasi Sweden, Zlatan Ibrahimovic terpaksa melupakan hasrat tampil di Euro 2020 selepas mengalami kecederaan lutut semasa aksi Serie A, AC Milan menentang Juventus di Turin pada 9 Mei lalu.

Pada perlawanan tersebut, Zlatan Ibrahimovic yang telah meledak 62 gol untuk Sweden terpaksa dikeluarkan pada minit ke-66 ketika I Rossoneri melakar kemenangan bergaya 3-0 ke atas La Vecchia Signora di Stadium Juventus.

Menerusi satu hantaran Twitter, Persatuan Bola Sepak Sweden memaklumkan penyerang AC Milan berusia 39 tahun tersebut memberitahu pengendali Sweden, Janne Andersson bahawa beliau tidak dapat tampil di kejohanan berprestij bola sepak Eropah itu akibat kecederaan.

Zlatan Ibrahimovic sebelum ini keluar dari persaraan antarabangsanya pada Mac lalu selepas dipanggil semula memperkuatkan cabaran negara Scandinavia tersebut.

Penampilan semula Zlatan Ibrahimovic selepas lima tahun menggantung but bermula dengan bantuan gol ketika Sweden mengalahkan Georgia dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2022 pada Mac.

Artikel Berkaitan: