Polis cari Jobby Basri kes perhimpunan di Tawau

No Image Caption
A
A
A

TAWAU - Polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan video tular berkaitan perhimpunan yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kampung Baru, Batu 2, Jalan Apas di sini, Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, lelaki dikenali sebagai Jobby Basri, 30, itu dipercayai mempunyai maklumat berhubung aktiviti berkenaan yang melibatkan kira-kira 100 individu di kampung itu.

"Polis telah menjalankan siasatan terhadap video itu, diharapkan individu ini (Jobby Basri) dapat tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Peter sehubungan itu turut mengingatkan masyarakat Tawau agar sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan dan tidak melanggar undang-undang sedia ada.

Rabu lepas, tular sebuah video aktiviti sekumpulan remaja dan kanak-kanak yang berhimpun sambil melakukan tradisi mengejutkan penduduk kampung untuk bersahur di Kampung Baru.

Video berdurasi 30 saat itu memaparkan kumpulan berkenaan berkumpul dan bersorak tanpa pematuhan SOP PKPB yang dilaksanakan di Tawau. - Bernama

Artikel Berkaitan: