Pas Selangor dakwa akaun Twitter Roslan Shahir digodam

Hantaran Pas Selangor di Facebook pada Sabtu. Gambar kanan: Roslan Shahir
Hantaran Pas Selangor di Facebook pada Sabtu. Gambar kanan: Roslan Shahir
A
A
A

SHAH ALAM - Akaun Twitter milik Setiausaha Perhubungan Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir didakwa digodam menunjukkan melayari laman porno yang memaparkan rakaman video lucah.

Pas Selangor dalam satu hantaran di Facebook berkata, pihaknya kesal dengan tindakan pemain politik yang menggunakan serangan peribadi kepada Roslan.

Menurut hantaran tersebut, perbuatan berkenaan bukan sahaja mengaibkan individu sasaran, tapi ia memalukan generasi masyarakat.

“Tindakan sebegini memalukan dan perlu ditolak agar budaya fitnah jahat untuk mengaibkan peribadi seseorang itu tidak berlaku pada masa akan datang,” kata hantaran tersebut pada Sabtu.

Pada Jumaat, akaun Twitter Roslan diserang warganet sehingga ia terpaksa ditutup setelah didapati beliau menyukai (like) video lucah berkenaan di media sosial.

Selain itu, akaun tersebut juga didapati menyukai video-video berkenaan sejak tahun 2017.

Artikel Berkaitan: