Laluan berliku Bunga Raya ke Piala Dunia 2023 Perancis

Fahmy Jalil
Fahmy Jalil
A
A
A

SKUAD ragbi negara berpeluang beraksi di Piala Dunia 2023 di Perancis, namun perlu menempuh laluan berliku, kata Pengarah Kejohanan Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) Fahmy Jalil.

Menurut Fahmy, Malaysia yang beranking ke-49 dunia perlu terlebih dahulu menjuarai pertandingan tiga penjuru Kejohanan Ragbi Asia (ARC) 2021, menentang antara pasukan terbaik Asia iaitu Hong Kong dan Korea Selatan, masing-masing berkedudukan ke-22 dan 31 dunia.

Jika skuad Bunga Raya menjuarai ARC, mereka akan bertemu pemenang aksi playoff Oceania, iaitu pemenang di antara Cook Islands (52) menentang sama ada Tonga (13) atau Samoa (14).

“Pemenang perlawanan di antara Samoa dan Tonga akan layak secara automatik ke Piala Dunia. Pasukan yang kalah (Samoa/Tonga) akan bertemu Cook Islands untuk menentukan pasukan mana yang akan bertemu juara ARC bagi satu lagi kelayakan secara automatik ke Piala Dunia.

“Pasukan yang kalah dalam playoff ini pula akan ke peringkat repechage. Peringkat ketiga ini merupakan perlawanan pusingan repechage empat penjuru meliputi wakil benua Afrika, Eropah, Amerika dan Asia/Oceania," katanya dalam kenyataan.

Fahmy yang juga Naib Presiden KRM berkata, hanya satu slot ditawarkan menerusi peringkat tersebut untuk melengkapkan senarai 20 pasukan ke Piala Dunia yang dijadualkan berlangsung dari 8 September hingga 21 Oktober 2023.

Artikel Berkaitan: