10 sekeluarga dikesan tinggalkan kediaman sebelum PKPD

Gambar kecil: Dr Nor Azimi
Gambar kecil: Dr Nor Azimi
A
A
A

BESUT - Tindakan tidak bertanggungjawab 10 sekeluarga dari Kampung Pelagat 3 di sini lari meninggalkan kediaman sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuat kuasa pada Jumaat amat mendukacitakan.

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus berkata, tindakan itu berisiko menyebarkan lagi virus Covid-19 ke tempat lain.

Bagaimanapun, katanya beliau difahamkan pergerakan 10 beranak itu kini sudah berjaya dikesan.

"Setakat ini, sebanyak 54 kes Covid-19 dikesan di Kampung Pelagat 3 sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan 1,094 kes di daerah ini, yang merupakan tertinggi di Terengganu.

"Saya minta warga Besut daripada semua lapisan masyarakat agar bersungguh-sungguh dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di samping mengehadkan pergerakan atau elak berkumpul beramai-ramai bagi memutuskan jangkitan Covid-19," katanya menerusi kenyataan di laman Facebooknya pada Sabtu.

Dalam pada itu, Dr Nor Azimi berkata, bilangan kes aktif yang direkodkan di Besut kini seramai 393 orang dengan angka kematian sebanyak 11 orang dan 11 kluster yang dipantau.

Katanya, ramai dalam kalangan masyarakat masih mengambil mudah kebolehjangkitan Covid-19 hingga menyusahkan banyak pihak.

“Virus Covid-19 berterbangan melalui titisan semasa bercakap, bernafas dan bersin. Jadi, langkah terbaik ialah pematuhan SOP untuk mengurangkan risiko jangkitan

Artikel Berkaitan:

“Jika SOP gagal dipatuhi tidak mustahil kita akan berdepan dengan kluster yang lebih besar dan pada masa itu berkemungkinan kemudahan kesihatan yang ada tidak lagi mencukupi untuk menampung peningkatan bilangan kes,” katanya.