PKPB di Sarawak dilanjutkan hingga 7 Jun

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

KUCHING - Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sarawak dilanjutkan mulai 18 Mei hingga 7 Jun setelah menilai situasi kes positif Covid-19 di negeri ini yang masih tinggi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan maklumat tambahan lengkap berhubung prosedur operasi standard (SOP) akan dipaparkan di laman sesawang Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Sementara itu enam kawasan masing-masing dua di Bintulu, Julau dan Pakan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selepas terdapat penularan wabak Covid-19 yang tinggi di kawasan terbabit.

PKPD di Kampung Jabai dan Kampung Hulu Sebauh di Bintulu dilaksanakan bermula semalam hingga 27 Mei manakala empat rumah panjang masing-masing dua di Julau (Rh. Ayup, Nangga Lassi Mit dan Rh. Nyandang Lasi) serta Pakan (Rh. Berayun, Sg Nansang Tugong dan Rh. Douglas Jenuang) berkuat kuasa pada Sabtu hingga 31 Mei.

JPBN turut memaklumkan pelanjutan PKPD di empat kawasan masing-masing dua di Mukah dan Sarikei.

"Kawasan terbabit ialah Rh. Jali, Jalan Bukit Dinding-Bergerik dan Rh. Lanyau, Jalan Bukit Dinding-Bergerik di Mukah mulai 16 hingga 23 Mei serta Rh. Gana, Kemantan dan Rh. Lat, Sungai Anggie Atas Bayong di Sarikei bermula 18 hingga 23 Mei," demikian menurut kenyataan itu.

Sarawak mencatatkan 324 kes baharu Covid-19 pada Sabtu menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 37,978 kes selain empat kes kematian baharu direkodkan. - Bernama

Artikel Berkaitan: