Orang bujang dapat RM100: Ini kata Najib...

Paparan skrin kenyataan Najib di laman sosial Facebook, miliknya.
Paparan skrin kenyataan Najib di laman sosial Facebook, miliknya.
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara sinis menyindir pengumuman yang dibuat kerajaan berhubung pemberian Bantuan Sara Hidup (BSH) RM100 bagi kategori bujang.

Katanya, desakan supaya mengembalikan bantuan itu telah dibuat sekian lama oleh pihaknya, tetapi apabila seorang menteri PH memperkatakan tentang perkara itu dalam satu ceramah di Semenyih, serta merta Menteri Kewangan, Lim Guan bersetuju walaupun dalam tempoh kempen PRK.

"Tiba-tiba, ini bukan lagi rasuah seperti yang PH pernah tuduh BN berkali-kali. Negara bukan lagi bankrap dengan cerita dongeng hutang RM1 trilion.

"Ia bukan juga melanggar peraturan SPR dan etika pilihan raya. Bersih pun akan bisu kerana ahlinya sudah dipilih menjadi Lembaga Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) minggu lepas. Untuk PH, semuanya suci," katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Orang bujang dapat BSH RM100

Guan Eng hari ini mengumumkan BSH sebanyak RM100 untuk golongan bujang yang belum berkahwin dan yang bekerja tetapi berpendapatan rendah.

Beliau berkata, sebagai permulaan, pembayaran RM100 akan disalurkan kepada setiap individu yang terdaftar di bawah kategori bujang dalam pangkalan data BSH 2018.

Mengulas lanjut, Najib mencadangkan supaya bantuan tersebut diambil tetapi undi tetap diberikan kepada BN dalam PRK DUN Semenyih.

Artikel Berkaitan:

"Asalkan anak-anak muda yang memerlukan akan dapat sekurang-kurangnya RM100, walaupun bukan lagi RM450 seperti dahulu atau RM650 untuk tahun ini jika masih di bawah BN.

"PH dan Guan Eng tentu akan tambah bantuan jika mereka terus rasa tertekan," katanya.