Penutupan Jalan TAR dipertimbang semula: Khalid

Khalid meninjau sekitar Jalan TAR bersama pihak berkepentingan berhubung isu penutupan sebahagian laluan itu kepada kenderaan awam
Khalid meninjau sekitar Jalan TAR bersama pihak berkepentingan berhubung isu penutupan sebahagian laluan itu kepada kenderaan awam
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebarang bentuk keputusan berhubung isu penutupan sebahagian Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) kepada laluan kenderaan awam hanya akan dimuktamadkan sebelum 15 Mac depan.

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad, berkata, pengumuman berhubung penutupan sebahagian Jalan TAR itu terpaksa dibuat lebih awal bagi menarik lebih banyak maklum balas awam.

"Dengan pelbagai reaksi yang diterima, kita bersedia untuk membuat pertimbangan semula dengan mengambil kira semua cadangan mahupun bantahan yang dikemukakan.

“Pelbagai reaksi diterima. Ada yang kata jangan (tutup), ada yang kata boleh buat tapi pada hari-hari tertentu atau waktu-waktu tertentu," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas hampir 45 minit meninjau sekitar Jalan TAR bersama Masjid India Business Association (MIBA) dan Batu Road Retailers Association (BARRA), di sini hari ini.

Khalid berkata, ada juga cadangan agar diwujudkan ‘pedestrian mall’.

"Mereka nak sebegitu tapi jangan buat bazar (Ramadan)," ujarnya.

Beliau berkata, perkara ini akan diputuskan bersama dan kini dalam proses mendapatkan pandangan daripada semua pihak termasuk yang menerima ‘direct impact’ jika Jalan TAR ditutup.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, kini lebih 2,000 menyertai kajian yang dibuat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhubung cadangan penutupan Jalan TAR itu .

“Setakat ini keputusan hasil kajian adalah 50-50,” katanya.

No Image Caption

ARTIKEL BERKAITAN: Laluan sepanjang Jalan TAR ditutup kepada kenderaan kecuali bas mulai 15 Mac

Terdahulu, Khalid mengumumkan penutupan Jalan TAR sepanjang kira-kira 1 kilometer kepada kenderaan awam iaitu bermula dari Jalan Esfahan berhampiran Sogo hingga ke Jalan Melayu.

Perlaksanaan penutupan laluan itu dinyatakan bermula pada 15 Mac depan bagi mewujudkan ‘pedestrian mall’ termasuk menjadikan ia tapak bazar Ramadan yang baharu menggantikan penganjuran di Jalan Masjid India.

Bagaimanapun ia mendapat tentangan daripada pengusaha premis sepanjang laluan itu dan kawasan Jalan Masjid India yang menyifatkan keputusan berkenaan akan menjejaskan perniagaan mereka.