Covid-19 dorong remaja jadi penyeludup

Azhari (kanan) menunjukkan salah satu pengkalan haram yang terdapat di Sungai Golok dan paling popular dikalangan penyeludup di Rantau Panjang.
Azhari (kanan) menunjukkan salah satu pengkalan haram yang terdapat di Sungai Golok dan paling popular dikalangan penyeludup di Rantau Panjang.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Penularan pandemik Covid-19 mendorong segelintir individu antaranya remaja berusia 18 tahun mencari mata pencarian dengan menyeludup untuk menampung belanja kehidupan seharian.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7, Superintendan Azhari Nusi berkata, perkara itu didedahkan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 susulan penahanan remaja berusia 18 tahun yang terlibat aktiviti jenayah rentas sempadan tersebut.

"Mereka memilih jalan salah dengan menjadikan aktiviti penyeludupan sebagai mata pencarian," katanya kepada pemberita di Markas PGA Lubok Stol di sini pada Sabtu.

Menurutnya, hasil soal siasat mendapati remaja terlibat dalam aktiviti ini datang dari golongan yang gagal dalam pelajaran.

"Walaupun upah diterima bergantung kepada risiko dan jenis barang yang dibawa namun golongan tersebut tetap berani melakukan tugasan itu.

"Untuk barangan kontraban remaja berkenaan hanya menerima upah sekitar RM20 dan ke atas," katanya.

Katanya, remaja itu ditangkap menerusi penugasan Op Benteng Covid-19 di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini bermula dari Rantau Panjang ke Pengkalan Kubor, Tumpat.

Artikel Berkaitan: