X

Kindly register in order to view this article
!

Program vaksin Covid-19 perlu dipercepatkan, penting untuk tarik pelaburan

Program vaksinasi Covid-19 penting dalam memberi keyakinan kepada pelabur untuk membuat lebih banyak pelaburan di Sabah. Gambar hiasan
A
A

KOTA KINABALU - Program vaksinasi Covid-19 penting dalam memberi keyakinan kepada pelabur untuk membuat lebih banyak pelaburan di Sabah, seterusnya merancakkan kembali ekonomi negeri ini, kata bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Justeru, beliau berkata, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan perlu diberi sokongan semua pihak bagi menjadikan Sabah sebagai pemain ekonomi yang proaktif terutama pada pasca-Covid-19.

"Bank Negara juga sudah meramalkan kadar ekonomi Malaysia kembali positif tahun ini jika program vaksinasi Covid-19 bergerak seperti yang dirancang.

"Kita lihat sahaja kecepatan pemulihan ekonomi negara jiran kita Indonesia (4.99 peratus) dan Singapura (31.67 peratus) kerana program vaksinasi membantu kerajaan mengawal Covid-19 dengan lebih cekap dan membolehkan tumpuan diberikan kepada pemulihan ekonomi," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Sehubungan itu, Salleh yang juga bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia meminta kerajaan mempercepat pelaksanaan program vaksinasi untuk rakyat bagi kepentingan bersama.

"Di kala kita sibuk berbahas tanpa henti mengenai prosedur operasi standard, membimbangkan apabila pendaftaran dan vaksinasi rakyat Sabah amat rendah iaitu hanya 16.6 peratus berdaftar dan 3.2 peratus yang sudah divaksin.

"Kadar vaksinasi negara juga umumnya rendah sekitar 3.6 peratus jika dibandingkan dengan negara-negara lain di rantau Asia Tenggara," katanya. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!