Covid-19: Kes kematian tertinggi 44 maut, 4,140 kes baharu

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Jumlah kematian akibat Covid-19 pada Sabtu mencatatkan angka tertinggi iaitu sebanyak 44 orang manakala jumlah kes harian baharu direkodkan ialah 4,140.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui ciapan di Twitternya memaklumkan, perkembangan tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 sebanyak 1,866 manakala bilangan keseluruhan jangkitan Covid-19 dalam negara pula ialah 466,330 kes.

Menurutnya, daripada keseluruhan kes jangkitan Covid-19 yang berlaku pada Sabtu, sebanyak 4,131 membabitkan kes tempatan yang melibatkan 3,728 warganegara dan 403 bukan warganegara manakala sembilan kes import.

“Selangor terus menjadi negeri yang mencatatkan kes harian tertinggi iaitu 1,507 kes diikuti Johor sebanyak 433 kes manakala Kuala Lumpur 398 kes dan Pulau Pinang 338 kes," katanya.

Beliau berkata, kes baharu di Sarawak pula sebanyak 324 manakala Kedah (239), Negeri Sembilan (190), Perak (182), Terengganu (119), Pahang (116), Kelantan (109) Melaka (97) dan Sabah (60).

Tambah Dr Noor Hisham, Wilayah Persekutuan Putrajaya merekodkan sebanyak 23 kes baharu Covid-19, Wilayah Persekutuan Labuan tiga dan dua kes di Perlis.

"Jumlah kes sembuh baharu ialah sebanyak 3,432 menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 422,329.

Katanya, jumlah kes aktif setakat ini ialah 42,135 manakala sebanyak 503 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 272 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Artikel Berkaitan:

Menurut beliau, sebanyak 15 kluster baharu yang dilaporkan pada Sabtu melibatkan lapan kluster tempat kerja, empat kluster keagamaan, dua kluster berkaitan pendidikan dan satu daripada kumpulan berisiko tinggi.