Pengurus restoran dikompaun RM10,000 buka restoran lebih masa

Seorang pengurus restoran di Taman Sejati dikenakan kompaun RM10,000 kerana melanggar arahan PKP apabila beroperasi melebihi masa ditetapkan. Gambar hiasan Bernama
Gambar kecil:Adzli Abu Shah
Seorang pengurus restoran di Taman Sejati dikenakan kompaun RM10,000 kerana melanggar arahan PKP apabila beroperasi melebihi masa ditetapkan. Gambar hiasan Bernama Gambar kecil:Adzli Abu Shah
A
A
A

SUNGAI PETANI - Seorang pengurus restoran di Taman Sejati di sini dikenakan kompaun RM10,000 kerana melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila beroperasi melebihi masa ditetapkan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, lelaki berusia 26 tahun itu dikompaun selepas pemeriksaan dilakukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda pada jam 11 malam Jumaat.

Beliau berkata, lelaki yang merupakan pemastautin tetap di negara ini ditahan dan dibawa ke IPD Kuala Muda untuk tindakan kompaun kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Adzli Abu Shah
Adzli Abu Shah

"Lebih kurang jam 11 malam, anggota polis pergi ke restoran berkenaan. Apabila sampai, restoran berkenaan masih lagi beroperasi.

"Susulan itu, pengurus restoran ditahan kerana tidak mematuhi SOP PKP dengan membuka restoran dan beroperasi melebihi masa ditetapkan Majlis Keselamatan Negara," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Adzli berkata, tindakan kompaun dikenakan mengikut Perkara 16 Peraturan-Peraturan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPP) 2021.

"Lelaki berkenaan dikehendaki menjelaskan RM10,000 itu di Pusat Kesihatan Daerah dalam tempoh 14 hari dari tarikh kompaun dikeluarkan," katanya.

Artikel Berkaitan: