Bekas Timbalan Pengarah JSJK Bukit Aman didakwa langgar SOP

Hantaran asal yang dimuat naik sebelum ia dipercayai dipadam pemilik akaun terbabit.
Hantaran asal yang dimuat naik sebelum ia dipercayai dipadam pemilik akaun terbabit.
A
A
A

SHAH ALAM - Polis membuka kertas siasatan terhadap gambar yang tular di media sosial berhubung seorang bekas pegawai kanan polis yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pemilik akaun Facebook tersebut didakwa seorang bekas pegawai kanan polis yang telah bersara pada tahun 2007 dan jawatan terakhirnya ialah Timbalan Pengarah JSJK Bukit Aman.

"Berdasarkan gambar yang dimuat naik di Facebook, kelihatan enam orang anggota polis dilihat sedang menikmati juadah dan gambar tersebut dipercayai dirakam pada hari raya pertama. Siasatan kini dijalankan di bawah Per.17 P.U (A) 225/2021 (Melanggar SOP PKP).

"Jika sabit kesalahan boleh dikenakan kompaun sebanyak RM 2,000 ke atas pengunjung dan RM 10,000 kepada pemilik rumah.

"Kertas siasatan akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya dengan segera," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Dua hantaran tular di media sosial mengenai beberapa anggota polis dikatakan dijemput menikmati hidangan sempena Hari Raya Aidilfitri di sebuah rumah sedangkan ketika ini adalah tempoh PKP.

Artikel Berkaitan: