1MDB: Ekstradisi Roger Ng ke AS ditangguh

1MDB
1MDB
A
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan akan menangguhkan sementara proses ekstradisi ke atas Bekas Pengarah Urusan syarikat pelaburan Goldman Sachs, Roger Ng ke Amerika Syarikat (AS) untuk menghadapi pertuduhan berkaitan 1MDB.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara itu dilakukan atas nasihat oleh Peguam Negara melalui satu surat rasmi beberapa hari lepas.

Menurut Muhyiddin proses ekstradisi itu terpaksa ditangguhkan kerana Roger Ng atau nama sebenarnya Ng Chong Hwa juga mempunyai kes mahkamah yang perlu diselesaikan di negara ini.

"Mahkamah telah buat keputusan supaya Roger Eng diekstradisi untuk menghadapi pertuduhan di AS.

Tapi saya dinasihatkan peguam negara melalui surat rasmi bahawa dia (Roger Ng) juga ada kes di Malaysia di bawah undang-undang di Malaysia yang akan didengar pada Mac," katanya.

Sehubungan itu, Muhyiddin berkata pihaknya dinasihatkan supaya kes tersebut diutamakan dan diselesaikan terlebih dahulu.

"Kita akan tetap ekstradisi Roger Ng tetapi kes di negara ini akan diselesaikan terlebih dahulu,"ujarnya.

Isnin lalu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Roger Ng diekstradisi dalam tempoh 30 hari untuk menghadapi kes di

Artikel Berkaitan:

AS berikutan dia menghadapi tiga pertuduhan di mahkamah di New York.

Roger Ng merupakan antara individu terawal yang didakwa di AS berkait skandal 1MDB yang sebelum itu seorang lagi bekas pegawai tinggi Goldman Sachs, Tim Leissner turut didakwa.

ARTIKEL BERKAITAN: 1MDB: Roger Ng setuju diekstradisi ke AS