X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 28 November 2021

LZS bantu keluarga wanita sarat hamil tinggal dalam hutan

Wakil LZS menghulurkan bantuan kepada Mohd Nizam (kiri) yang terpaksa tinggal di pondok di dalam hutan berhampiran UIA Gombak bersama isterinya yang sarat mengandung.
A
A

GOMBAK - Nasib seorang wanita sarat mengandung tujuh bulan yang terpaksa tinggal di sebuah pondok dalam hutan bersama anak kecil serta suaminya sebelum ini mendapat keprihatinan Lembaza Zakat Selangor (LZS).

Menerusi satu kenyataan di Facebook, LZS memaklumkan mendapat maklumat berhubung keadaan keluarga itu daripada Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan pihak Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Menurut kenyataan itu, keluarga berkenaan tinggal di dalam hutan berhampiran UIA Gombak.

“Mohd Nizam, berusia 48 tahun terpaksa tinggal bersama keluarganya di dalam sebuah pondok yang dibinanya sendiri di hutan berhampiran UIA Gombak.

“Keluarga ini mempunyai seorang anak kecil yang belum bersekolah dan isterinya pula sedang sarat mengandung tujuh bulan,” menurut kenyataan itu.

LZS memaklumkan, Mohd Nizam sebelum ini menyara hidup sebagai tukang kayu dengan pendapatan yang tidak menentu.

Namun akibat pandemik Covid-19, kerja semakin berkurangan menyebabkan Mohd Nizam yang merupakan ketua keluarga berkenaan tidak dapat membayar sewa rumahnya dan terpaksa akur untuk keluar dari rumah apabila diarahkan.

“Alhamdulillah pihak UIAM, wakil Istana Negara serta Baitulmal MAIWP menghulurkan bantuan awal untuk mereka.

“Kami daftarkan mereka di bawah asnaf di Selangor dan turut menghulurkan bantuan hari raya sebanyak RM500. Bantuan seperti kewangan bulanan dan sewa rumah turut disalurkan kepada keluarga ini,” katanya.

LZS dalam pada itu turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya pembayar zakat.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!