X

Kindly register in order to view this article
!

Premis judi dalam talian digempur polis

Antara peralatan yang dirampas dalam serbuan di sebuah premis yang terletak di Jalan Sri Sentosa 8A, Taman Sri Sentosa, pada Jumaat.
A
A

KUALA LUMPUR - Tiga individu warga tempatan yang dipercayai terlibat dalam perjudian dalam talian diberkas dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Sri Sentosa 8A, Taman Sri Sentosa, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, serbuan dilakukan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Brickfields bersama pakar judi dari Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kuala Lumpur kira-kira jam 9.30 malam.

Beliau berkata, tiga individu berusia antara 39 hingga 43 tahun itu berada di dalam premis tersebut bersama peralatan yang disyaki digunakan untuk menjalankan aktiviti perjudian.

"Antara barang yang dirampas ialah enam buah tablet, dua unit Wifi dan wang tunai sebanyak RM160," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Menurutnya, ketiga suspek mengaku terlibat dalam menjalankan aktiviti perjudian dalam talian.

"Salah seorang suspek bekerja sebagai pengendali tablet Judi dan baru bekerja selama sebulan dengan gaji kira-kira RM1,500 sebulan manakala dua lagi suspek merupakan pelanggan di premis berkenaan.

"Semua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Daerah Brickfields untuk siasatan dan permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!