Perak perhalusi cadangan pengurusan hutan

No Image Caption
A
A
A

IPOH - Kerajaan Perak akan memperhalusi segala cadangan dan saranan dikemukakan Sahabat Alam Malaysia (SAM) berkaitan pengurusan hutan di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, segala saranan yang dikemukakan SAM tidak banyak beza dengan hasrat pentadbiran negeri berkaitan pengurusan hutan.

Katanya, pertemuan dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu akan diadakan dari semasa ke semasa agar hasrat yang dibawa serta masalah yang dihadapi kerajaan negeri dapat diselesaikan.

"Setiap satu perkara yang akan kita buat itu, yang dicadangkan itu akan diperhalusi dan akan diambil tindakan sewajarnya selepas ini. Kita terima baik cadangan dan saranan yang dibuat.

"Saya berjanji dengan mereka untuk sentiasa berhubung dan buat perjumpaan secara berkala supaya segala hasrat yang mereka bawa dan masalah atau kekangan dihadapi kerajaan negeri tercapai," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media Pengumuman Model Strategi Perniagaan Baharu 2019 Taman Tema Filem Animasi Studio (MAPS), di MAPS Theatre, Bandar Meru Raya, di sini.

Terdahulu satu pertemuan diadakan pada sebelah pagi bersama SAM membincangkan isu pengurusan hutan di Pejabat Menteri Besar Perak.

Ahmad Faizal berkata, dalam pertemuan itu banyak perkara yang dibincangkan malah SAM membawa 12 perkara.

Artikel Berkaitan: