X

Kindly register in order to view this article
!

Insiden Parit Raja: Rakyat tertekan tindakan kerajaan

Aminolhuda (kiri) dan Taqiuddin mengadakan pertemuan dengan keluarga salah seorang individu yang terlibat. Foto: Facebook Aminolhuda Hassan
A
A

JOHOR BAHRU - Tindakan sekumpulan lelaki yang bertindak membakar suar dan menaikkan kain rentang berbentuk provokatif di Parit Raja, Batu Pahat pada Khamis lalu merupakan tanda mereka terkesan dengan pelbagai isu yang melanda negara, termasuk ekonomi.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor, Aminolhuda Hassan berkata, ia hasil pertemuannya dengan beberapa ahli keluarga individu yang terlibat.

"Saya sendiri menziarahi tiga keluarga yang anak-anak mereka terlibat dalam pembakaran suar di awal pagi raya di persimpangan Pekan Parit Raja, Batu Pahat.

"Kami sedar bahawa golongan mudalah yang sangat terkesan dalam isu Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tetapi buatlah sesuatu tindakan jangan sampai melanggar undang-undang yang boleh menimbulkan pelbagai reaksi negatif dalam masyarakat.

"Kesimpulan awal dari tinjauan ini (pertemuan yang diadakan) jelas (menunjukkan) remaja yang terlibat merupakan remaja kampung yang tertekan dengan isu ekonomi dan peluang pekerjaan disebabkan arahan kerajaan menghadapi PKP yang tidak konsisten," katanya dalam satu kenyataan di Facebook beliau pada Sabtu.

Turut serta dalam lawatan itu ialah Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Muhammad Taqiuddin Cheman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Sebatang dan Timbalan Ketua Amanah Sri Gading, Noor Khalim Sakib.

Sementara itu, Aminolhuda berkata, sebahagian daripada ahli keluarga yang terlibat juga mengambil tanggungjawab dengan menghantar sendiri anak-anak mereka ke balai polis untuk siasatan lanjut.

ARTIKEL BERKAITAN: Rusuhan Parit Raja: 20 individu ditahan setakat ini


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!