SPR perlu lebih proaktif tangani kesalahan PRK

Ismail Sabri
Ismail Sabri
A
A
A

SEMENYIH - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu lebih proaktif dalam menangani kesalahan pilihan raya yang berlaku dalam PRK DUN Semenyih.

Desakan itu disuarakan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang berharap pilihan raya kali ini mampu menjadi contoh PRK bersih dan adil buat semua calon bertanding.

Menurutnya, beliau menerima laporan mendakwa PH melakukan kesalahan di bawah Akta Pilihan Raya dan beliau berharap SPR melakukan pemantauan lebih rapi selepas ini.

“Saya nak minta supaya SPR supaya memantau lebih rapi dalam PRK kali ini sebab semalam saya di Kampung Kuala Pajam, kita dapat laporan PH edarkan sayur kepada penduduk kampung.

“Pemantauan perlu dilakukan sebab kita takut ada unsur-unsur menyalahi Akta Pilihan Raya dilakukan.

“Kita harapkan SPR lebih proaktif supaya jadikan PRK ini pilihan raya yang adil dan bersih,” katanya ketika melawat rumah penduduk di Kampung Sesapan Kelubi, di sini, petang tadi.

Dalam pada itu, Ismail Sabri merasakan tiada keperluan menganjurkan debat sesama calon dan menganggap ia adalah gimik semata-mata.

“Untuk kenalkan diri, lebih baik turun jumpa seramai mana pengundi, debat kadangkala hanya untuk gimik tapi tak sampai.

Artikel Berkaitan:

“Saya rasa itu (jumpa pengundi) lebih baik daripada berdebat. Lagipun, ini bukan Parlimen, ini PRK DUN,” katanya.