X

Kindly register in order to view this article
!

Tangguh beri vaksin kepada remaja, agih kepada negara miskin dulu

Negara-negara kaya disaran menangguhkan pemberian vaksin kepada kanak-kanak dan remaja. - Foto Bernama
A
A

GENEVA - Negara-negara kaya disaran menangguhkan pemberian vaksin kepada kanak-kanak dan remaja.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata mereka sebaliknya perlu mengagihkan bekalan vaksin sedia ada kepada negara-negara miskin.

Menurut ketua pengarahnya Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, langkah ini akan membantu menggerakkan lagi inisiatif Covax.

Ketika ini pengagihan vaksin menerusi inisiatif berkenaan disifatkan tidak adil.

Ini menyebabkan wujud jurang ketara dalam pemberian vaksin antara negara berkemampuan dan negara miskin.

Sejak vaksin pertama diluluskan Disember lalu, negara-negara kaya dilaporkan membeli sebahagian besar bekalan.

Semuanya gara-gara perlumbaan untuk memastikan sebanyak mungkin populasi mereka divaksin.

Dr Tedros dalam pada itu mengakui keperluan negara-negara menyuntik vaksin kepada kumpulan kanak-kanak dan remaja.

Namun beliau meminta negara berkenaan mempertimbang semula langkah itu.

Beliau memberi contoh senario kekurangan vaksin di negara miskin menyebabkan ada kalangan petugas barisan hadapan tidak divaksin dan berdepan risiko jangkitan yang tinggi.

Minggu lalu, Presiden Amerika Syarikat Joe Biden umum pelan membenarkan pemberian vaksin kepada kumpulan umur 12 ke 15 tahun secepat mungkin.

Negara itu menyasarkan 70 peratus populasinya menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menjelang 4 Julai. - Astro Awani


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!