X

Kindly register in order to view this article
!

Kali terakhir 'jumpa' melalui panggilan video

Allahyarham Haziq selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Taman Koperasi Serkam Darat, Merlimau kira-kira 1.40 pagi Sabtu.
A
A

JASIN - [DIKEMASKINI] "Tak ada apa apa yang luar biasa. Kali terakhir kami berhubung pada raya pertama melalui panggilan video."

Demikian perkongsian detik-detik akhir bersama Kamaruddin Yusof, 58, bapa kepada atlet memanah negara, Haziq, 27, yang meninggal dunia secara mengejut pada Jumaat.

Mengakui masih terkejut dengan kehilangan Haziq, katanya, beliau dan keluarga sudah lama tidak bertemu kerana tidak boleh merentas daerah.

"Masa buat panggilan video, dia cakap sihat. Dia cerita semuanya bagus," katanya yang ditemui pemberita selepas selesai pengebumian Allahyarham Haziq pada pagi Sabtu.

Tambah Kamaruddin, anak kedua daripada tiga beradik itu juga teruja bercerita mengenai latihan dan persiapannya untuk ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Jepun nanti.

" Apapun saya reda. Terima kasih kepada semua pihak yang membantu melancarkan urusan jenazah arwah," katanya menahan sebak.

Allahyarham Haziq selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Taman Koperasi Serkam Darat, Merlimau kira-kira 1.40 pagi Sabtu.

Pemanah recurve itu meninggal dunia selepas rebah di rumahnya di Kajang selepas menunaikan solat subuh pada pagi Jumaat.

Haziq kemudian digegaskan ke Hospital Kajang namun disahkan meninggal dunia pada 9.37 pagi. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!