'Perhimpunan solidariti yang tular itu tidak wujud'

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan wujudnya perhimpunan solidariti sebagaimana yang tular di media sosial.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan wujudnya perhimpunan solidariti sebagaimana yang tular di media sosial.
A
A
A

JOHOR BAHRU - [DIKEMASKINI] Polis Johor menafikan dakwaan tular di satu akaun laman Twitter kononnya satu perhimpunan solidariti diadakan di Jalan Parit Botak, Batu Pahat pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, perhimpunan solidariti yang didakwa itu sebenarnya tidak wujud.

"Pemilik akaun Twitter terbabit mendakwa perhimpunan itu diadakan sebagai solidariti terhadap tangkapan berkait kejadian menaikkan kain rentang bertulis 'kerajaan gagal' dan pembakaran suar di Parit Raja Batu Pahat pada Khamis.

"Pemantauan telah dibuat sepanjang hari pada Jumaat di lokasi berkenaan dan mendapati tiada kejadian seperti dalam rakaman video tular itu

"Semakan mendapati video yang tular terbabit dipercayai dirakam pada Khamis antara jam 5 hingga 7 petang, sebelum tangkapan dibuat ke atas mereka yang disyaki terlibat," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Justeru, orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menggugat ketenteraman awam dan polis masih melakukan siasatan.

Video berdurasi 2 minit 20 saat itu memaparkan sekumpulan pemuda bermotosikal berkumpul di sebuah stesen minyak

"Bebudak ini solidariti terhadap kawan- kawan yang kene tangkap. Aku tak sokong apa yang dia orang buat, cuma tindakan ini adalah signal anak-anak muda yang tidak bersetuju dengan kerajaan lebih- lebih lagi penahanan reman ke atas kawan- kawan mereka ini tunjukkan solidariti ke atas kawan- kawan," menurut kapsyen yang tular itu.

Artikel Berkaitan: