Rusuhan 'Kerajaan Gagal'

No Image Caption
A
A
A

AWANG terkejut juga baca dan tengok berita ada rusuhan di Parit Raja, Batu Pahat, Johor pada jam 2 pagi Khamis lepas. Ada yang bakar kain suar dan ada kain rentang 'Kerajaan Gagal' yang dipasang dan dibakar di situ.

Maka riuh rendahlah media sosial pasal hal itu. Macam-macam reaksi netizen yang kita baca. Ada yang puji tindakan itu, ada yang kecam. Ada yang kata tindakan itu memang sudah diduga. Maklumlah dalam situasi politik hari ini, macam-macam puak dan kabilah di luar sana.

Awang boleh faham kekecewaan rakyat masa ini. Mungkin itu tanda kecil kemarahan rakyat terhadap kerajaan yang ada. Tapi Awang tak setuju tindakan demonstrasi yang sampai jadi kecoh dan boleh ganggu ketenteraman awam. Dengar beritanya yang terlibat kira-kira 20 orang yang kebanyakannya bermotosikal.

Rakyat tentu nak tahu siapa dalang di belakang kumpulan ini. Kata orang tak mungkin mereka bertindak sendirian. Baguslah Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi cepat-cepat keluar kenyataan nafikan bahawa beliau terlibat.

Katanya ada pihak cuba kaitkan kejadian itu dengan dirinya. Tuduhan itu disebabkan beliau selalu kritikal pada kerajaan hari ini.

Dalam keadaan sekarang sebarang tindakan pihak berwajib diperhatikan oleh rakyat. Jangan bagi alasan untuk rakyat jadi lebih marah atau kecewa. Jikalau salah langkah, betullah nanti orang kata kerajaan memang gagal, hal sekecil ini pun tak boleh ditangani dengan baik.

Artikel Berkaitan: