Tolong jangan degil

No Image Caption
A
A
A

AWANG nak ucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin pada semua pembaca Awang Paku Serpih dan pembaca Sinar Harian seluruhnya. Semoga kita sama-sama mendapat rahmat dan hidayah ALLAH SWT sempena hari raya yang mulia ini.

Pada masa yang sama Awang nak ingatkan semua orang supaya berjaga-jaga selalu. Tiap-tiap hari kita cecah angka jangkitan lebih 4,000 orang. Jumlah mereka yang dijangkiti di negara kita dah lebih 450,000 orang. Tak lama lagi cecahlah angka setengah juta.

Kita harap dengan pelaksanaan PKP masa perayaan ini akan putuskan rantaian jangkitan itu. Tapi Awang tengok ada yang degil. Ada yang tetap ziarah ibu bapa, adik beradik dan saudara mara di luar daerah. Ada yang berduyun-duyun cuba guna jalan tikus untuk balik kampung.

Virus ini tak kenal sesiapa – tak kira menteri atau rakyat jelata, yang kaya atau yang miskin, yang tua atau kanak-kanak.

Oleh kerana penyakit ini merebak melalui udara, maka senanglah jangkitan itu berlaku tak kira di mana.

Kenapa degil sangat? Takkan nak tunggu dah terantuk baru nak terngadah? Jikalau dah kena jangkitan bukan seorang saja yang susah, tapi seisi keluarga, juga rakan kenalan dan mereka yang ada kontak dengan yang dijangkiti. Tak serik-serik nampaknya orang kita, masih buat tak endah ancaman wabak ini.

Artikel Berkaitan: