Pusingan ketiga kejuaraan Cub Prix ditunda

Pusingan ketiga Kejuaraan Cub Prix di Litar Tangkak ditunda ke tarikh baharu yang akan diumumkan kemudian.
Pusingan ketiga Kejuaraan Cub Prix di Litar Tangkak ditunda ke tarikh baharu yang akan diumumkan kemudian.
A
A
A

PUSINGAN ketiga Kejuaraan Cub Prix Malaysia di Litar Tangkak, Johor pada 22 dan 23 Mei ini ditunda ke tarikh baharu yang akan diumumkan kemudian.

Penganjur kejuaraan, Safe Aim Mutual Sdn Bhd dalam kenyataan memaklumkan keputusan itu dibuat berikutan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bermula Rabu hingga 7 Jun oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa.

“Kalendar baharu bagi musim 2021 ini akan diumumkan dalam masa yang terdekat. Pihak penganjur meminta maaf kepada semua warga Cub Prix di atas kesulitan yang mungkin dialami.

Pada masa sama, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan kongsi serta penganjur kejuaraan di atas kerjasama dan pemahaman mereka," menurut kenyataan itu.

Pihak penganjur turut meminta orang ramai agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk sama-sama membanteras wabak Covid-19.

Artikel Berkaitan: