Lelaki bersama anak empat tahun hilang ketika main jet ski

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

BACHOK - Seorang lelaki bersama anaknya yang berusia empat tahun dikhuatiri hilang selepas bermain jet ski di Kampung Pengkalan Baru, di sini pada Jumaat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Penolong Penguasa Bomba, Yus Heary Mahmud ketika dihubungi memberitahu, pihaknya mendapat panggilan pada jam 6.01 petang dan tiba di lokasi lapan minit kemudian.

Menurutnya, lelaki berusia 37 tahun itu didakwa oleh ahli keluarganya tidak pulang ke rumah selepas meluangkan masa dengan anak lelakinya bermain jet ski.

"Keluarga mangsa risau sebab mangsa tidak balik ke rumah dan difahamkan dua beranak itu keluar bermain jet ski. Namun jet ski tersebut dijumpai di bawah pokok di kawasan berkenaan.

"Kami tiba di lokasi serta memulakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) namun masih belum pasti samada mangsa lemas atau sebagainya memandangkan masih belum ada saksi kejadian," katanya.

Setakat jam 8 malam, tiada sebarang penemuan awal dijumpai dan operasi SAR diteruskan melibatkan anggota dari Balai Bomba Bachok, Pengkalan Kubor, Pengkalan Chepa dan juga Pasukan Penyelamat Air (PPDA).

Artikel Berkaitan: