Konflik Israel-Palestin merebak ke Tebing Barat

Sekumpulan pemuda Palestin menggunakan tong sampah sebagai 'perisai' mereka ketika berdepan dengan pasukan keselamatan rejim Zionis berhampiran pos pemeriksaan Hawara di bandar Nablus di Tebing Barat pada Jumaat. - Foto: AFP
Sekumpulan pemuda Palestin menggunakan tong sampah sebagai 'perisai' mereka ketika berdepan dengan pasukan keselamatan rejim Zionis berhampiran pos pemeriksaan Hawara di bandar Nablus di Tebing Barat pada Jumaat. - Foto: AFP
A
A
A

RAMALLAH - Dua penduduk Palestin maut ditembak rejim Zionis di Tebing Barat pada Jumaat sekali gus menjadikan angka korban kekejaman tentera meningkat kepada empat orang setelah konflik Israel-Palestin kini merebak ke wilayah itu.

"Kedua-dua mangsa cedera parah ketika dihantar ke Hospital Salfit. Tembakan peluru hidup yang dilepaskan tentera Israel mengenai dada dan perut mereka," kata Kementerian Kesihatan Palestin dalam satu kenyataan.

Dua penduduk Palestin juga maut ditembak ketika insiden pertempuran ganas di Tebing Barat.

Sementara itu, Persatuan Palang Merah Palestin mengesahkan demonstrasi turut melanda beberapa lokasi di Tebing Barat dan menyebabkan lebih 100 penunjuk perasaan cedera akibat terkena tembakan peluru getah dan gas pemedih mata.

Difahamkan, protes tersebut dilancarkan sebagai membantah kempen ketenteraan terbaharu di bawah Operasi Penjaga Tembok yang telah meragut lebih 100 nyawa penduduk Palestin di Genting Gaza.

Sejak Isnin lalu, siri pertempuran telah dilaporkan di wilayah terbabit selepas konflik Israel-Palestin kembali memuncak akibat tindakan pengusiran penduduk Palestin dan provokatif melampau Israel di Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis. - AFP

Artikel Berkaitan: