Kluster tempat kerja, komuniti rekod empat kluster baharu

Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 13 kluster baharu jangkitan Covid-19 dikesan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Jumaat dengan kluster tempat kerja dan komuniti masing-masing merekodkan pertambahan empat kluster baharu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan tersebut turut melibatkan dua kluster keagamaan manakala kluster pendidikan tinggi, institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan kumpulan berisiko tinggi masing-masing merekodkan pertambahan satu kluster baharu.

“Empat kluster baharu di tempat kerja adalah Kluster Jalan Perindustrian Balakong yang dikesan di Hulu Langat, Kluster Tanjung Dungun (Setiu, Marang, Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Kemaman, Dungun Besut), Kluster Menara Jalan Putra, (Kuantan) dan Kluster Persiaran Utara (Kota Tinggi).

“Kluster komuniti pula adalah Kluster Bukit Pauh (Dungun, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Kuantan dan Petaling), Kluster Sungai Lebai (Pekan), Kluster Sungai Rayah (Meradong, Sarawak), Kluster Jalan Mawar Pasak (Kota Tinggi).

“Bagi kluster pendidikan tinggi adalah Kluster Jalan Tengas (Petaling, Gombak, Klang dan Hulu Langat), manakala kluster institusi pendidikan bawah KPM adalah Kluster Lebuh Lembah Permai (Seberang Perai Tengah, Timur Laut, dan Barat Daya)," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Dr Noor Hisham menambah, satu kluster kumpulan berisiko tinggi yang dikesan pada hari ini (Jumaat) adalah Kluster Lebuh Katz di daerah Timur Laut, Pulau Pinang.

Beliau berkata, perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kluster dalam negara kepada 1,861 dengan 461 daripadanya adalah kluster aktif manakala terdapat 1,400 yang telah diumumkan tamat.

Artikel Berkaitan: