Dakwaan rusuhan di Parit Raja dibiayai masih dalam siasatan

Tangkap layar kes insiden merusuh di Parit Raja, Batu Pahat yang tular dalam laman sosial pada Khamis.
Tangkap layar kes insiden merusuh di Parit Raja, Batu Pahat yang tular dalam laman sosial pada Khamis.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis Johor masih menyiasat dakwaan wujud dalang di sebalik rusuhan jalanan membakar suar dan menaikkan kain rentang bertulis 'kerajaan gagal' di Parit Raja Batu Pahat pada Khamis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Senior Asisten Komisioner Datuk Md Yusof Ahmad berkata, siasatan masih dijalankan membabitkan pelbagai sudut, sama ada wujud pihak tertentu seperti yang didakwa aktivis, badan bukan kerajaan (NGO) atau orang perseorangan.

"Setakat ini, saya tidak dapat berkongsi sebarang maklumat terbabit kerana siasatan masih berjalan," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Sebuah portal berita melaporkan himpunan ‘kerajaan gagal’ di Batu Pahat, pada subuh Aidilfitri dikatakan dirancang seminggu lalu dan dibiayai oleh lelaki tertentu.

ARTIKEL BERKAITAN: Rusuhan Parit Raja: 20 individu ditahan setakat ini

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, seramai 20 individu ditahan kerana dipercayai terbabit dalam kejadian merusuh terbabit.

Katanya, kesemua individu berusia antara 16 hingga 28 tahun itu merupakan penduduk setempat ditahan dalam Operasi Khas bermula jam 11 malam Khamis di sekitar Batu Pahat.

Tambah beliau, hasil siasatan mendapati kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 2 pagi Khamis di persimpangan Pekan Parit Raja di Kilometer 22.5 Jalan Batu Pahat-Kluang.

Artikel Berkaitan: