X

Kindly register in order to view this article
!

Bendahari Perak FC pula letak jawatan

Datuk Sham Mat Sahat
A
A

SELEPAS Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perak FC, Rizal Ali Naizali meletakkan jawatan sebagai Bendahari Perak FC, Datuk Sham Mat Sahat pula melakukan perkara sama hari ini.

Bagaimanapun peletakan jawatan itu difahamkan hanya akan berlaku setelah isu tunggakan gaji skuad The Bos Gaurus itu selesai.

“Ya, selesai tunggakan gaji saya berundur,” katanya pada sidang media petang tadi.

Terdahulu, isu tunggakan gaji Perak FC semakin serius hingga menyebabkan skuad Kejor Yob Kejor itu kehilangan beberapa pemain tonggak yang membuat keputusan meninggalkan kelab berkenaan.

Sabtu lalu, Perak FC kehilangan kapten, Shahrul Saad dan penyerang naturalisasi, Guilherme De Paula yang berhijrah ke Johor Darul Ta'zim (JDT.

Isnin lalu, pemain tengah bertahan Kenny Pallraj serta pemain sayap lincah, J Partiban pula membuat keputusan menyertai KL City FC.

ARTIKEL BERKAITAN: CEO Perak FC letak jawatan


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!