70 rumah di Felda Jelai 4 dilanda banjir kilat

20 anggota APM digerakkan ke lokasi bagi memantau keadaan dan membantu operasi pasca banjir. - Foto Twiiter Bernama
20 anggota APM digerakkan ke lokasi bagi memantau keadaan dan membantu operasi pasca banjir. - Foto Twiiter Bernama
A
A
A

SEREMBAN - Sebanyak 70 rumah di Felda Jelai 4, Gemas dekat sini terjejas selepas rumah mereka dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat selama lebih dua jam kira-kira jam 7 pagi Jumaat.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan, Leftenan Kol (PA) Mohd Syukri Md Nor berkata, hujan lebat di kawasan tadahan berdekatan menyebabkan air di Sungai Pador melimpah sehingga kediaman penduduk berhampiran dinaiki air.

“Aras tanah rumah penduduk pula dibina lebih rendah dari aras tebing Sungai Pador yang mengalir bersebelahan lot berkenaan. Oleh itu air larian permukaan kawasan sekitar bertumpu ke lokasi ini dan tidak dapat mengalir keluar dengan lancar kerana paras air sungai tinggi ketika itu.

“Paras air naik sehingga 0.6 meter yang paling tinggi di beberapa kawasan, bagaimanapun tiada pusat pemindahan dibuka dan air surut sepenuhnya sekitar pukul 10 pagi tadi,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, seramai 20 anggota APM digerakkan ke lokasi bagi memantau keadaan dan membantu operasi pasca banjir termasuk melakukan kerja pembersihan di kawasan awam.

Menurutnya, kejadian berkenaan adalah kali kedua berlaku pada tahun ini di kawasan berkenaan, selepas kawasan sama dinaiki air pada awal Ramadan lepas. - Bernama

Artikel Berkaitan: