Covid-19: 4,113 kes baharu, 34 kematian

DR NOOR HISHAM
DR NOOR HISHAM
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Kes kematian Covid-19 kekal berada pada dua angka selepas negara merekodkan sebanyak 34 kematian pada Jumaat dengan kes harian menunjukkan sedikit penurunan iaitu 4,113.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kematian Covid-19 sebanyak 1,822 manakala bilangan keseluruhan jangkitan Covid-19 dalam negara pula adalah 462,190.

“Daripada keseluruhan kes jangkitan Covid-19 yang berlaku pada hari ini, 4,112 adalah kes tempatan yang melibatkkan 3,791 warganegara dan 321 bukan warganegara.

“Kes sembuh Covid-19 negara berada pada kadar 89.73 peratus dengan jumlah kes sembuh pada Jumaat adalah 4,190 menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh kepada sebanyak 418,897,” katanya menerusi ciapan di Twitternya pada Jumaat.

Dr Noor Hisham berkata, jumlah kes aktif Covid-19 adalah sebanyak 41,471 dengan 482 daripadanya merupakan kes yang berada di unit rawatan rapi (ICU) manakala 250 lagi memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, beliau berkata, Selangor terus menjadi negeri yang mencatatkan kes harian tertinggi iaitu 1,269 kes diikuti Sarawak (533) Kelantan (371) dan Johor (335).

“Kes baharu di Wilayah Persekutuan adalah sebanyak 306 manakala Pulau Pinang (266) Kedah (228) Pahang (178), Terengganu (165) Perak (147), Negeri Sembilan (124) Melaka (107) dan Sabah (53).

“Sementara itu, Wilayah Persekutuan Putrajaya merekodkan sebanyak 20 kes baharu Covid-19, Wilayah Persekutuan Labuan (enam) dan Perlis (lima),” katanya.

Artikel Berkaitan: