ICU HTJ hampir penuh, tukar fungsi wad biasa

HTJ menukar fungsi beberapa buah wad biasa menjadi semi-wad ICU berikutan katil di ICU bagi pesakit Covid-19 di hospital berkenaan hampir penuh. Foto: Facebook HTJ
HTJ menukar fungsi beberapa buah wad biasa menjadi semi-wad ICU berikutan katil di ICU bagi pesakit Covid-19 di hospital berkenaan hampir penuh. Foto: Facebook HTJ
A
A
A

SEREMBAN - Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di sini menukar fungsi beberapa buah wad biasa menjadi semi-wad Unit Rawatan Rapi (ICU) berikutan katil di ICU bagi pesakit Covid-19 di hospital berkenaan hampir penuh.

Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S Veerapa berkata, ia bagi menampung peningkatan kes pesakit Covid-19 yang kritikal dan memerlukan mesin bantuan pernafasan di negeri ini.

"Setakat ini kita ada dua hospital Covid-19 di Negeri Sembilan iaitu di HTJ dan Hospital Tampin.

"Di HTJ terdapat 10 katil di ICU untuk menempatkan pesakit Covid-19 yang kritikal, namun ia hampir penuh jadi kita menukar fungsi beberapa buah wad biasa di hospital itu menjadi semi-ICU dan tambahan empat lagi katil di Hospital Tampin," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

HTJ menukar fungsi beberapa buah wad biasa menjadi semi-wad ICU berikutan katil di ICU bagi pesakit Covid-19 di hospital berkenaan hampir penuh. Foto: Facebook HTJ
HTJ menukar fungsi beberapa buah wad biasa menjadi semi-wad ICU berikutan katil di ICU bagi pesakit Covid-19 di hospital berkenaan hampir penuh. Foto: Facebook HTJ

Katanya, setakat ini pihaknya menggunakan mesin bantuan pernafasan sedia ada dan Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan juga telah memohon bantuan mesin bantuan pernafasan dari Kementerian Kesihatan sebagai langkah awal jika keadaan memerlukan.

"Sekiranya terdapat keperluan tambahan untuk pesakit Covid-19, berkemungkinan salah sebuah hospital lain di negeri ini akan dibuka sebagai hospital Covid-19.

"Hospital Rembau tidak lagi digunakan untuk tujuan rawatan pesakit Covid-19 kerana pihak hospital telah menempatkan pesakit selain pesakit Covid-19," katanya.

Artikel Berkaitan:

Katanya, hospital berkenaan juga dalam keadaan ‘defective period’ serta terdapat kerja-kerja yang perlu dilakukan dalam tempoh berkenaan.