Pukul anak, isteri hanya kerana tak tutup pintu

Kerusi plastik yang digunakan seorang lelaki untuk memukul isteri dan anaknya pada Khamis.
Kerusi plastik yang digunakan seorang lelaki untuk memukul isteri dan anaknya pada Khamis.
A
A
A

TASEK GELUGOR - Hanya kerana tidak menutup pintu rumah, seorang lelaki bertindak memukul isteri dan anaknya dengan menggunakan kerusi plastik dalam kejadian di Taman Desa Sena di sini, pagi Khamis.

Dalam kejadian jam 11.45 pagi itu, lelaki berusia 44 tahun yang dikatakan berang apabila anak perempuannya berusia 19 tahun tidak menutup pintu rumah.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner berkata, lelaki berkenaan dikatakan mengamuk dengan mengambil kerusi berwarna putih di bahagian ruang tamu lalu memukul anaknya.

Menurutnya, kejadian itu disedari isteri suspek berusia 51 tahun yang kemudian menghalang tindakan suaminya, namun dia turut dipukul.

“Berang tindakannya dihalang, operator kilang itu bertindak memukul mangsa serta anaknya menggunakan kerusi plastik berwarna putih hingga mendatangkan kesakitan terhadap mereka.

"Hasil soal siasat, mangsa memberitahu sudah mendirikan rumah tangga lebih 20 tahun dan dia serta anak-anak sering dipukul sekiranya berlaku sebarang perselisihan faham antara mereka," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Jumaat.

Noorzainy berkata, daripada keterangan anak mangsa turut menyatakan ibu bapa sudah tidak bercakap lebih setahun walaupun tinggal sebumbung.

Bimbang dengan keselamatan diri dan anak-anaknya, mangsa kemudian tampil membuat laporan polis.

Artikel Berkaitan:

Noorzainy berkata, bertindak atas laporan itu, pihaknya telah menahan suspek yang juga bekas anggota tentera bagi membantu siasatan.

Katanya, suspek kini direman bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 324/506 Kanun Keseksaan.