Covid-19: Perak catat kadar kebolehjangkitan tertinggi

Dr Noor Hisham Abdullah
Dr Noor Hisham Abdullah
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 mengikut kes harian untuk seluruh negara pada Khamis berada di tahap 1.14 dengan Perak mencatat Rt tertinggi pada 1.32.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi infografik yang dikongsikan di akaun Twitter beliau memaklumkan, Terengganu merekodkan nilai Rt kedua tertinggi iaitu pada 1.29.

Turut dinyatakan ialah Kedah (1.22), Pulau Pinang (1.21), Melaka (1.18), Selangor dan Johor (masing-masing 1.17), Negeri Sembilan (1.12), Pahang (1.11) serta Kuala Lumpur (1.10).

Bagi negeri dan wilayah yang mencatat bacaan di bawah satu pula ialah Putrajaya (0.99); Sarawak (0.98); Kelantan (0.94) dan Sabah (0.89).

Sementara itu, Dr Noor Hisham turut melampirkan graf pemodelan dan ramalan Covid-19 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menjangkakan lebih 8,000 kes sehari menjelang bulan depan sekiranya prosedur operasi standard (SOP) tidak dipatuhi.

Artikel Berkaitan:


Menurut graf berkenaan, nilai Rt juga berkemungkinan boleh mencecah 1.2 pada tempoh itu.

Sebelum ini, KKM menjangkakan kes baharu Covid-19 akan melebihi 5,000 kes sehari menjelang akhir Mei.



,