X

Kindly register in order to view this article
!

Syawal berdarah di Gaza

Sebuah keluarga Palestin terpaksa meninggalkan kediaman mereka susulan kempen pengeboman rejim Zionis yang semakin meningkat di timur bandar Gaza.
A
A

GENTING GAZA - Ketibaan Syawal pada Khamis disambut hiba di tengah-tengah konflik yang semakin memuncak antara Israel dan Palestin.

Lebih 100 termasuk 27 kanak-kanak dan 11 wanita Palestin terkorban manakala kira-kira 580 yang lain cedera sejak rejim Zionis kembali melancarkan kempen ketenteraan ke atas Genting Gaza sejak Operasi Penjaga Tembok dilancarkan pada Isnin lalu.

Ketegangan terus meningkat sejak bermula Ramadan susulan insiden pengusiran keluarga Palestin di Baitulmaqdis Timur selain provokatif melampau di Masjid al-Aqsa sehingga mencetuskan pertempuran ganas.

Lebih 1,000 peluru berpandu dan bom dilancarkan ke wilayah Gaza di bawah kempen ketenteraan yang membabitkan 95 peratus serangan udara yang disifatkan sebagai pengeboman terbesar sejak Operasi Perlindungan Sempadan atau Perang Gaza pada 2014.

Pasukan paramedik Palestin mengeluarkan mayat mangsa yang ditemui di bawah runtuhan sebuah rumah yang musnah akibat kempen pengeboman rejim Zionis di utara Genting Gaza.
Pasukan paramedik Palestin mengeluarkan mayat mangsa yang ditemui di bawah runtuhan sebuah rumah yang musnah akibat kempen pengeboman rejim Zionis di utara Genting Gaza.

Sehingga semalam, rejim Zionis terus membedil Genting Gaza dan menyasarkan lebih 700 sasaran milik Hamas termasuk bank pusat dan bangunan unit keselamatan gerakan terbabit.

Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu dengan angkuh menyatakan kempen ketenteraan ke atas Hamas akan diteruskan selama tempoh yang diperlukan kononnya untuk mengembalikan keamanan di negara haram tersebut.

Beberapa mangsa cedera akibat kekejaman Israel menerima rawatan.
Beberapa mangsa cedera akibat kekejaman Israel menerima rawatan.

Rejim Tel Aviv juga seakan memberi bayangan kemungkinan operasi darat bakal dilancarkan berikutan Menteri Pertahanan, Benny Gantz dilaporkan telah mula memanggil kira-kira 9,000 tentera simpanan.

Kempen ketenteraan secara besar-besaran itu adalah operasi yang keempat sejak konflik Gaza-Israel tercetus pada Disember 2008-Januari 2009, 2012 dan 2014.

Seorang kanak-kanak Palestin yang cedera parah dirawat di hospital al-Shifa.
Seorang kanak-kanak Palestin yang cedera parah dirawat di hospital al-Shifa.

Komuniti antarabangsa yang mengikuti perkembangan krisis Israel-Palestin bagaimanapun merayu pihak bertelagah supaya bertenang bagi mengelakkan lebih ramai orang awam tidak berdosa terkorban.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres menerusi Twitter menggesa kedua-dua belah pihak supaya meredakan ketegangan dan permusuhan malah beliau mendakwa konflik tersebut hanya akan memburukkan lagi ekstremisme di Asia Barat.

Salah satu bangunan yang menjadi sasaran bedilan tentera Israel hingga memaksa penduduk Palestin berpindah dan mencari perlindungan bagi menyelamatkan diri.
Salah satu bangunan yang menjadi sasaran bedilan tentera Israel hingga memaksa penduduk Palestin berpindah dan mencari perlindungan bagi menyelamatkan diri.

Majlis Keselamatan PBB juga merancang untuk mengadakan mesyuarat terbuka pada akhir minggu ini bagi membincangkan konflik Israel-Palestin tersebut yang kini mendapat perhatian masyarakat dunia sehingga mencetuskan kempen boikot kekejaman rejim Zionis di media sosial. - Agensi

Sekumpulan penduduk Palestin di utara Genting Gaza memeriksa bangunan yang musnah dibom rejim Zionis.
Sekumpulan penduduk Palestin di utara Genting Gaza memeriksa bangunan yang musnah dibom rejim Zionis.
Beberapa penduduk Palestin menunaikan solat sunat Aidilfitri di luar kediaman mereka di Beit Lahia di utara Genting Gaza yang musnah akibat dibedil tentera Israel.
Beberapa penduduk Palestin menunaikan solat sunat Aidilfitri di luar kediaman mereka di Beit Lahia di utara Genting Gaza yang musnah akibat dibedil tentera Israel.
Ribuan mengadakan protes di luar bangunan yang menempatkan konsulat Israel di Chicago, Illinois di Amerika Syarikat (AS) sebagai membantah Operasi Penjaga Tembok yang dilancarkan ke atas Genting Gaza sejak Isnin lalu.

Beberapa mayat kanak-kanak Palestin yang terkorban dalam Operasi Penjaga Tembok dilancarkan Israel itu ditempatkan di sebuah rumah mayat di Rafah, selatan Genting Gaza.
Beberapa mayat kanak-kanak Palestin yang terkorban dalam Operasi Penjaga Tembok dilancarkan Israel itu ditempatkan di sebuah rumah mayat di Rafah, selatan Genting Gaza.
Penduduk Palestin menunaikan solat jenazah ke atas 13 anggota Hamas yang terkorban di Masjid al-Omari di Bandar Gaza.
Penduduk Palestin menunaikan solat jenazah ke atas 13 anggota Hamas yang terkorban di Masjid al-Omari di Bandar Gaza.

Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!