X

Kindly register in order to view this article
!

Kapal dari India tidak wajib kuarantin: JLM

Kesemua kapal yang tiba atau masuk ke kawasan pelabuhan dari India tidak diwajibkan menjalani proses kuarantin 14 hari di laut. Gambar hiasan
A
A

KUALA LUMPUR - Kesemua kapal yang tiba atau masuk ke kawasan pelabuhan dari India tidak diwajibkan menjalani proses kuarantin 14 hari di laut.

Jabatan Laut Malaysia (JLM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, Deklarasi Kesihatan Maritim kapal tersebut akan diperiksa oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dan diberikan free-pratique sebelum dibenarkan masuk lalu merapat ke dermaga bagi menjalankan operasi.

"Hanya sekiranya kapal disyaki amat berisiko membawa gejala Covid-19, maka kapal akan diperintahkan untuk menjalani kuarantin selama 14 hari di laut," kata JLM.

Menurut kenyataan itu, pekerja pelabuhan dan individu darat dibenarkan menaiki kapal tersebut bagi aktiviti kargo dan diwajibkan memakai pelitup muka serta sarung tangan.

JLM menjelaskan sekiranya mereka memerlukan interaksi dengan anak kapal di atas kapal atau memasuki ruangan kabin, kesemua individu tersebut perlu penambahan pemakaian pelindung muka dan apron pakaian perlindungan diri (PPE).

"Bagaimanapun, pemakaian PPE penuh oleh kedua-dua pihak adalah berdasarkan penilaian risiko yang akan ditentukan oleh Lembaga Pelabuhan dengan mengambil kira nasihat JLM dan KKM," katanya.

JLM juga telah menyelaras keseragaman menjurus kepada aktiviti operasi perkapalan di kawasan pelabuhan susulan kekeliruan terhadap prosedur operasi standard (SOP) C-19 industri maritim.

Kenyataan itu memaklumkan segala tatacara dan SOP sentiasa dikemas kini bagi memastikan operasi dan perjalanan sistem pengangkutan maritim berkaitan para pelaut mahupun industri perkapalan adalah jelas.

Kenyataan tersebut bagi memberi penjelasan mengenai berita portal tempatan yang melaporkan pemain industri kapal keliru mengenai SOP yang ditetapkan. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!