Tinjauan pematuhan SOP diperketat

Shafien Mamat
Shafien Mamat
A
A
A

KOTA BHARU – Tinjauan melibatkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di kawasan kediaman dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan diperketatkan dari masa ke masa walaupun tiada kesalahan dicatatkan Hari Raya pertama, pada Khamis.

Ketua Polis, Datuk Shafien Mamat berkata, sehingga jam 8 pagi Jumaat, tiada sebarang kes dicatatkan di daerah-daerah negeri ini dan tinjauan mendapati rakyat mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

“Tiada kesalahan dan tiada kompaun dikenakan. Tinjauan di beberapa kawasan utama termasuk bandar, kampung dan kawasan pedalaman mendapati penduduk mematuhi SOP.

“Semalam adalah hari raya pertama, kemungkinan besar mereka tidak keluar kawasan, tiada berkumpul dan tiada majlis hari raya," katanya ketika di hubungi Sinar Harian di sini pada Jumaat.

Bagaimanapun katanya, kelazimannya orang ramai mula berziarah pada hari raya kedua dan polis akan tetap meneruskan tinjauan bagi memastikan tiada berani yang berkelakuan licik.

“Kita tidak mahu ketidakpatuhan rakyat akan membawa kesan yang lebih teruk melibatkan penularan Covid-19 di Kelantan,” katanya.

Menurutnya, pergerakan kenderaan melibatkan laluan di Sekatan Jalan Raya (SJR) pada raya pertama juga agak berkurangan dan kenderaan di jalan raya kebanyakannya melibatkan pasukan barisan hadapan yang perlu bertugas di pelbagai agensi.

Beliau berkata, jika rakyat terus mendisiplinkan diri dengan cara tersebut, tidak mustahil Kelantan akan kembali hijau selepas ini daripada penularan pandemik berkenaan.

Artikel Berkaitan:

“Teruskan disiplin seperti ini, bukan hanya pada musim hari raya sahaja. Kekalkan ia supaya dapat membantu negeri kita kembali ke[ada zon hijau. Saya yakin rakyat mampu mengubahnya,” katanya.