X

Kindly register in order to view this article
!

15 individu leka bermain judi diberkas

Antara individu yang diberkas dalam serbuan yang dijalankan Polis Kuala Lumpur pada Khamis.
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menahan 15 individu termasuk seorang wanita yang leka bermain judi dalam satu serbuan di sebuah sebuah premis di Taman Laman Rimbunan, Kepong, Kuala Lumpur pada Khamis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Saiful Annuar Yusoff berkata, kesemua mereka yang ditahan kira-kira jam 9.25 malam berusia antara 33 tahun hingga 69 tahun merupakan warga tempatan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, dua lelaki disyaki sebagai penjaga atau penganjur manakala yang lain dipercayai pemain judi.

"Beberapa peralatan lain turut dirampas termasuk satu meja kayu, kad bercetak angka 10 merah, kerusi plastik, satu unit perakam kamera litar tertutup ( CCTV) dan wang tunai berjumlah RM10,907," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, anggaran nilaian rampasan sebanyak RM 12,000 manakala kesemua suspek akan direman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan turut dikompaun di bawah Peraturan 17 PPDPP Berjangkit 2021.

Sebarang maklumat berkaitan jenayah boleh disalurkan ke Bilik Gerakan Khas 24 Jam Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0670 dan Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!