Pengurusan pangsapuri tersilap usir pemilik rumah

Bonner berkata, dia temui barangnya di dalam tong sampah, termasuk ubat-ubatan untuk anaknya yang berusia empat tahun. - Foto Twitter/@MaliniBasu_
Bonner berkata, dia temui barangnya di dalam tong sampah, termasuk ubat-ubatan untuk anaknya yang berusia empat tahun. - Foto Twitter/@MaliniBasu_
A
A
A

SEORANG petugas pasar raya Walmart di Texas, Amerika Syarikat dan juga seorang ibu tunggal baru-baru ini diusir daripada rumah sendiri selepas pulang daripada bekerja seharian.

Brianni Bonner, 23, memberitahu portal berita WFAA, dia dilarang memasuki rumahnya di Pangsapuri Riviera setalah pulang dari tempat kerja serta barang miliknya telah dibuang ke dalam tong sampah.

Pihak pengurusan pangsapuri tersebut turut menukar kunci pada pintunya.

"Mereka memberitahu saya akan dimasukkan ke dalam penjara jika saya bertegas ingin memasuki unit pangsapuri saya," katanya.

Namun setelah menyiasat punca sebenar dia diusir, dia mendapati pihak pengurusan telah melakukan kesilapan.

Sepatutnya mereka ingin mengusir penghuni unit pangsapuri yang menetap di bawah unit Bonner.

"Saya pulang ke rumah dan dilarang memasuki unit pangsapuri saya.

"Setelah bertengkar dengan pihak pengurusan, mereka baru sedar mereka telah membuat kesilapan.

Artikel Berkaitan:

"Mereka sepatutnya ingin mengusir penghuni di bawah unit saya," katanya di laman GoFundMe.

Bonner berkata, dia temui barangnya di dalam tong sampah, termasuk ubat-ubatan untuk anaknya yang berusia empat tahun.

Setelah mengedari kesilapan mereka, pihak pengurusan membenarkan Bonner memasuki rumahnya semula selepas beberapa jam.

Namun ia telah dikosongkan dan perlu dicat semula.

"Perkara ini sangat mengecewakan saya. Saya rasa seperti segalanya telah dirampas daripada saya dan tempat ini tidak lagi rasa seperti rumah saya," katanya kepada WFAA.

Lebih mengecewakan, katanya, pihak pengurusan hanya ingin membayar ganti rugi sebanyak AS$200.

Bonner telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut dan setakat ini pihak Polis Dallas enggan memberi sebarang komen tentang kes berkenaan. Astro Awani