Suspek tikam bekas abang ipar direman

Suspek diiringi anggota polis keluar dari Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini, pada Jumaat.
Suspek diiringi anggota polis keluar dari Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini, pada Jumaat.
A
A
A

MELAKA - Seorang penganggur yang melarikan diri selepas menikam mati bekas abang ipar di Jalan Berangan Enam, Umbai Jasin berjaya diberkas semalam dan direman pada Jumaat.

Perintah reman selama tujuh hari sehingga 20 Mei itu dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Ayer Keroh, Lee Kim Keat terhadap suspek berusia 32 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Suspek yang memakai baju lokap ungu tiba di pekarangan mahkamah kira-kira jam10.15 pagi diiringi lebih tiga anggota polis sebelum permohonan reman selesai kira-kira 20 minit kemudian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Sukri Kaman berkata, suspek diberkas kira-kira jam 6.30 petang semalam di hadapan Masjid As-Salimin KM8, Kampung Kandang.

Menurutnya, ketika serbuan suspek cuba melarikan daripada sepasukan pegawai dan anggota daripada unit Siasatan Khas (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka dan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin.

"Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.

"Bagaimanapun senjata yang dipercayai digunakan suspek dalam kejadian itu belum ditemui dan polis sedang mengesan bahan bukti terbabit," katanya ketika dihubungi.

Portal Sinar Harian pada Khamis melaporkan seorang lelaki maut selepas ditikam oleh bekas adik ipar yang mengamuk ingin mengambil dua orang anak perempuannya di Jalan Berangan Enam, Umbai.

Artikel Berkaitan:

Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, suspek yang mempunyai rekod lampau dipercayai datang ke rumah bekas isterinya dalam keadaan mengamuk ingin mengambil dua orang anak perempuan berusia tujuh dan 10 tahun.

Suspek kemudian bertindak melarikan diri selepas kejadian itu dan diburu pihak polis.

ARTIKEL BERKAITAN: Berebut anak, bekas abang ipar maut ditikam pagi Syawal