11 warga asing ditahan

Pegawai imigresen ketika membuat pemeriksaan di sebuah premis perniagaan di Pokok Sena.
Pegawai imigresen ketika membuat pemeriksaan di sebuah premis perniagaan di Pokok Sena.
A
A
A

POKOK SENA - Jabatan Imigresen Kedah menahan 11 warga asing dalam Op Bersepadu yang dijalankan di beberapa premis perniagaan, kediaman serta ladang cili di sekitar daerah Pokok Sena, semalam.

Pengarah Imigresen Negeri Kedah, Zuhair Jamaludin berkata, mereka yang ditahan itu melibatkan seorang lelaki warga Pakistan, lelaki warga Indonesia (2), lelaki warga Myanmar (4) serta 2 lelaki dan seorang wanita warga Kemboja atas pelbagai kesalahan yang dilakukan.

Menurutnya, serbuan dilakukan selepas menerima maklumat termasuk risikan yang dibuat pihaknya sebelum ini.

Seorang warga asing ketika disoal pegawai imigresen.
Seorang warga asing ketika disoal pegawai imigresen.

"Seramai 85 warga asing pelbagai warganegara diperiksa dalam Op tersebut yang dilaksanakan bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 7.30 malam," katanya.

Zuhair berkata, siasatan awal mendapati mereka yang ditahan telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1958/63 (Akta 155) iaitu tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

"Mereka juga ditahan kerana melakukan kesalahan Seksyen 15(1)(c) di bawah akta sama iaitu tinggal lebih masa dan Perkara 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar atau gagal mematuhi syarat-syarat pas atau permit.

"Kesemua mereka ditahan di lokap Imigresen, Bangunan Kementerian Dalam Negeri, Alor untuk siasatan dan tindakan lanjut sebelum diserah ke Depot Imigresen Belantik, Sik," katanya.

Artikel Berkaitan: