Penunggang motosikal maut selepas 4 jam terbabit kemalangan

Motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan secara tiba-tiba dan terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Jalan Ulu Pauh ke arah Kuala Perlis pada Khamis.
Motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan secara tiba-tiba dan terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Jalan Ulu Pauh ke arah Kuala Perlis pada Khamis.
A
A
A

ARAU - Seorang penunggang motosikal maut beberapa jam selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Ulu Pauh - Kuala Perlis berhampiran Jejantas Arau di sini pada petang Khamis.

Dalam kejadian kira-kira 4.45 petang, mangsa, Muhammad Nabil Afiq Azman, 22, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 8.44 malam di Unit Kecemasan Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, di sini.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Nanda Maarof berkata, kemalangan berkenaan melibatkan sebuah motosikal ditunggangi mangsa di Jalan Ulu Pauh ke arah Kuala Perlis apabila sampai di Jejantas Arau.

"Berdasarkan siasatan awal, motosikal mangsa yang berada di laluan sebelah kanan hilang kawalan secara tiba-tiba dan terbabas lalu terlanggar pembahagi jalan di tempat kejadian berhampiran susur Arau.

"Mangsa yang kemudian tercampak dan terkena pokok di tengah pembahagi jalan di bawa ke Unit Kecemasan HTF untuk menerima rawatan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurut beliau, kemalangan mengakibatkan mangsa mengalami pendarahan di dalam perut, kepala dan hati serta patah paha kiri dan tulang rusuk.

"Bagaimanapun, polis menerima panggilan telefon daripada bapa diri mangsa yang memaklumkan anak lelakinya telah meninggal dunia di Unit Kecemasan HTF," katanya.

Menurut beliau, kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: