X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 06 Disember 2021

17 keluarga beraya di pusat pemindahan sementara

Seramai 56 orang daripada 17 keluarga dipindahkan di PPS SK Batu Kapor selepas kediaman mereka dinaiki air pada petang Khamis.
A
A

KUANTAN - Seramai 17 keluarga di Kampung Batu Kapor, Mentakab, Temerloh terpaksa menyambut Aidilfitri di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Kapor selepas kediaman rumah mereka dinaiki air petang Khamis.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Temerloh, Muhammad Ikram Haron berkata, penduduk berpindah susulan limpahan air dari Sungai Semantan.

Menurutnya, mangsa mula dipindahkan pada jam 7 petang, Khamis sebagai langkah berjaga-jaga selepas dicadangkan oleh Pegawai Daerah.

Keadaan rumah penduduk di Kampung Batu Kapor susulan limpahan air dari Sungai Semantan pada Khamis.
Keadaan rumah penduduk di Kampung Batu Kapor susulan limpahan air dari Sungai Semantan pada Khamis.

“Ada kawasan yang dinaiki air sehingga 1.5 meter,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Beliau menambah, pihaknya masih terus melakukan pemantauan berterusan bagi memastikan keselamatan penduduk di kawasan itu.

Jelasnya, walaupun air menunjukkan trend menurun tetapi mangsa masih tidak dibenarkan pulang bagi memastikan keselamatan penduduk terlibat.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!