Umat Islam wajib bantu pertahankan Masjid Al-Aqsa

Kenyataan Jabatan Mufti Negeri Perak menerusi Facebook pada Jumaat.
Kenyataan Jabatan Mufti Negeri Perak menerusi Facebook pada Jumaat.
A
A
A

IPOH - Seluruh umat Islam di negara ini digesa agar melibatkan diri dengan mengambil posisi sekukuh mungkin untuk membantu saudara seagama di Palestin yang ditindas.

Jabatan Mufti Perak dalam satu kenyataan di Facebook berkata, ia termasuk menyokong dan menyumbang kepada usaha mempertahankan Masjid Al-Aqsa yang dirintis dan diusahakan oleh pihak dengan kadar keupayaan sama ada harta atau jiwa.

"Isu pembebasan ini merupakan isu sejagat yang bukan hanya tertumpu dalam kalangan bangsa Palestin sahaja. Ia merupakan isu ummah yang wajib kita sebagai umat Islam melibatkan diri dengan cara yang pelbagai.

"Kita akan bertanggungjawab di hadapan ALLAH atas kealpaan kita terhadap saudara kita yang dizalimi," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Kenyataan sama turut menyatakan hadis riwayat Imam Ahmad dan al-Tabarani, Nabi Muhammad SAW turut bersabda mengenai Masjid Al-Aqsa dan peranan orang Islam terhadapnya.

Sementara itu, Jabatan Mufti Perak turut menegaskan bahawa perkara yang disebarkan menerusi media barat dan media sosial berhubung pencerobohan tempat suci itu merupakan satu penghinaan terhadap umat Islam.

"Kepedihan dirasakan bertambah perit bagai kaca terhempas ke batu, bila mana ia berlaku di akhir Ramadan, di saat umat Islam mengerahkan keringat dan tenaga mencurah segala daya upaya untuk memiliki peluang beribadah kepada ALLAH SWT.

"Mereka diperlakukan dengan tindakan tidak bermoral serta tidak berperikemanusiaan. Ruang masjid diceroboh dan orang yang sedang beribadat diserang serta dicederakan adalah lambang kepada suatu bentuk kezaliman yang terkeluar daripada norma manusia," katanya.

Artikel Berkaitan: