X

Kindly register in order to view this article
!

Angka korban meningkat kepada 109

Rejim zionis itu berterusan mengebom sempadan Gaza dengan serangan udara dan tembakan artileri serta kereta kebal. - Foto AP
A
A

ANGKA korban kempen ketenteraan Israel ke atas Palestin kini mencecah 109 orang, 28 daripadanya kanak-kanak dan 11 wanita.

Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan lebih 580 cedera dalam siri keganasan itu.

Di sebalik jumlah korban tinggi ini, sehingga kini tiada tanda kempen ketenteraan zionis ke atas Palestin akan berakhir dalam masa terdekat.

Kementerian Pertahanan Israel pula beri amaran akan lancar serangan ke atas lebih banyak kepentingan Hamas.

Warga Palestin yang menyambut Hari Raya pertama Aidilfitri pada Rabu menerima pengeboman udara tanpa henti sejak minggu lepas.

Menteri Kesihatan Palestin turut memaklumkan pihaknya menerima beberapa individu yang maut kerana disyaki terhidu gas toksik.

Bedah siasat dijalankan di Hospital Al-Shefa mengesahkan punca kematian disebabkan terhidu gas beracun.

Israel kini telah mengarahkan pasukan tentera darat untuk menyerang wilayah Palestin.

Rejim zionis itu berterusan mengebom sempadan Gaza dengan serangan udara dan tembakan artileri serta kereta kebal.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyatakan kempen serangannya akan memakan lebih banyak masa sebelum boleh berlaku gencatan senjata.

Keganasan juga merebak ke komuniti campuran Yahudi dan Arab di Israel dalam konflik berkenaan.

Rumah ibadat diserang dan pertempuran berlaku di beberapa jalan raya di bandar.

Amerika Syarikat telah menghantar perutusan khas Hady Amr, selepas melahirkan kebimbanggan krisis itu tidak dapat dikawal.

Usaha gencatan senjata oleh Mesir, Qatar dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) belum memberikan tanda-tanda kemajuan.

Diplomat menyatakan Amerika Syarikat membantah permintaan China, Norway dan Tunisia untuk mengadakan perjumpaan awam secara maya bersama Majlis Keselamatan PBB pada Jumaat untuk membincangkan keganasan.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken memberitahu, pertemuan seperti itu lebih baik diadakan minggu hadapan bagi memberi masa untuk diplomasi dengan harapan dapat mengurangkan ketegangan. - Astro Awani


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!